Monday, May 12, 2014

..::AKU, DIA, KAKAK, ADIK, GREEN HORNET & MR. GARY::..

Assalamualaikum W.B.T

Pehhhh dah lama giler aku tak update blog aku nih... bersawang beb... ehhhh aku sibuk tau! bukan sengaja biarkan blog aku ni bersawang. Ok laa ada gak teringat nak update blog kesayangan aku nih.

Cerita terbaru Puan Rina dah mengandung anak kami yang kedua dan sabtu ini 17/05/14 kandungannya berusia 8 bulan... 8 BULAN!!!!? Uhuhuhu begitu cepat masa berlalu..., rasa baru macam semalam je aku berdating dengan Puan Sabrina... Anak sulung kami Mia Nur Khalilah pun dah darjah 1 dan bersekolah di Bandar Tun Razak. Mulutnya Ya Allah pok pek pok pekkk kekadang menaikkan termometer badan aku... ^_^

Aku masih memandu Myvi Green Hornet ehehehe... Alhamdulillah masih mantap berjasa. Adatlah kereta terpakai kekadang ada alat ganti yang perlu di tukar tetapi semuanya di permudahkan Allah.

Jenggggg.... bonus yang terkini aku membeli Sym Symphony Evo 250i terpakai (terpakai laa lagi) dengan harga RM14k. Model tahun 2011 tetapi perbatuannya baru 3.2k... Ok laa tu janji aku tak berhutang... So sekarang pakcik hanya ada hutang... rumah dan Green Hornet... So aku namakan skuter ni Mr. Gary ahahaha....

Motor buat pertama kali semalam isi minyak dan stesen minyak yang menjadi pilihan aku ialah di Petron Sg Chua, pasal boleh lencong pergi beli makan malam di Ayie Tomyam @ TipTop Taman Semarak... Seronok wehhhh naik skuter ni... Santai...

Ok lah aku nak buat kerja dulu ehehehe tata....


Wednesday, July 11, 2012

CUTI REHAT YANG TAK REHAT SANGAT XD

Puan Sabrina Kantoi Memegang Bukti
Mia Nur Khalilah Sedang Berusaha Menghilangkan Bukti
Semalam 10 Julai 2012 aku ada banyak urusan keluarga. Pagi hantar bapa mertua pergi medical check up di PPUKM. Selepas itu bersama Puan Sabrina menghantar Mia Nur Khalilah menyertai rombongan cik kiah tadika sri kancil ke Zoo Negara. Selepas itu mencari sarapan. Lepas tu lepak kat rumah mertua sambil melayan JAWS 1. Pergi ke PPUKM menjemput bapa mertua (kompom aku hantu menantu yang bagus). Layan JAWS 2 pulak. Lepas tu pergi jemput anak kat tadika yang balik daripada rombongan. Then pergi ke selkom leisure mall untuk ambil simkad Puan Sabrina, anak dan mak mertua. Pastukan hantar mak mertua balik rumah (tak kan nak suro angkat teksi, kitakan hantu menantu yang baik). Masa nih otak dah mula tak betul..., balik singgah taman mesra pekena kuih2 goreng buat minum petang. Puan Sabrina kata mantap, so belikan untuk mertua siap hantar on the spot lagi. Lepas tu bertolak ke kajang lagi (ooppsss i did it again)... 

Errr sila abaikan En Teddy itu okay....

Stim woooo, siap sendawa kentut lagi tawwww....

Sampai kajang singgah metro plaza, Puan Sabrina dan Mia Nur Khalilah sibuk nak BERAK buang air so aku mengambil kesempatan untuk berurut di SPA GINTELLI ahahaah RM1 untuk 3 minit ehehehe. bila dah abis memerut kami pergi kedai emas pasal Puan Sabrina nak belikan anak dara kami subang emas 916 eheheh.... Selesai proses tindik dan bayar itu subang (Mia Nur Khalilah nangis pasal tinger cakit) kami tiga beranak turun pekena KYROS (tempat dating dan menyamar kenyang) dan belikan ubat tahan sakit telinga anak (aiskrim sebenarnya).

Arghhhhh aku dah penat..., lepas tu berjalan kaki ke ZulDeKlasik (saja eja melayu) untuk ambil tempahan seluar tapi malangnya tak siap lagi... alahai.... jalan kaki balik ke metro plaza ambil kereta dan terus balik. lepas mandi, aku ejas katil dan tido....

Hi nama kita Inspektor Muffin!
 Anak dara terbaru (selain MNK) di rumah kami... awas beben dan billi.....

Suara kita dasyat tawww :)

Ini gambar kat redbox plus di pavillion. aku pergi dengan sepupu aku..., dia payung alhamdulillah. Bro tenkiu tawwww.....

Dah2..., pergi sambung kerja balik!!!! huwaaaaaaa banyaknyerrrrrr :(

Monday, July 02, 2012

MOTOROLA EX119 DUAL SIMS STANDBY

Buah Hati Saya :)


Inilah buah hati saya yang terbaru, En. Motorola EX119 Dual Sims Standby Handphone :) Puan Sabrina pun beli model yang sama... ohhhh bahagianya lalalalaa... ko ader????

Friday, June 29, 2012

MISSION IMPOSSIBLE

BAK MAI KOPI SECHAWAN :)

Satu hari aku sampai pejabat pada jam 7.45 pagi. Di ikuti oleh Mr. F pada jam 8.00 pagi (Mr. F lepak dengan aku sambil borak2 kosong dan Mr. K pada jam 8.05 pagi (Mr. K naik atas dulu untuk proses 'unloading'). Pada jam 8.15 pagi Mr. S datang dan mengajak kami semua pergi ke kopitiam Coffee Time di Damansara Jaya untuk bersarapan. Tengah2 setting, sekali Mr. Z (boss aku) dah datang tengah terkial-kial nak parking kereta. Lantas......, biarkan cerita ini tergantung pasal aku dah nak mula kerja WAHAHAHAH.....

Wednesday, June 27, 2012

OTAI BUAT LAWAK SENGGAMA LAA PULAK

walau pun hijau, keris masih di dalam hati :)

Satu hari di LRA di atas bukit di area Cheras, Abang G macam selalu berborak dengan aku. Tetiba laa pulak dia sudah sungkit aku dengan satu soalan tahap kepunden. Dia tanya pandangan aku tentang fasa kehidupan seorang lelaki. Ohhh tidak...., sepanjang aku kenal Abang G ni, ahhhhhh...., ini musti nak pedajal aku nih. Sepantas GABAN GILER aku berfikir sambil buat muka stim ikan keli terkena letrik. 2 saat lepas tu laju je mulut aku cakap "errrr saya budak2 lagi ahhhh" dengan muka siyes..., muka masa ni dah muka kesian laaa kan, dengan harapan dia cakap terus ke titik. Perghhhhhh menjadik wa cakap kau! terus ditarbiyahkan selama 5 minit dan lepas tu dia huraikanlah sangat apa kebende dia nak cakap tu...

Secara ringkasnya (nampak sangat aku malas taip secara detail kan ^_^ )

tahap pandangan hidup - lelaki berusia di antara 15~40tahun
pada tahap ini, asal kita tengok awek cun je barang kita terus on ehehehe

tahap pegangan hidup - lelaki berusia di antara 41~55tahun
pada tahap ini, awek kena pegang baru barang nak on ahahaha

tahap bermati-matian nak hidup - lelaki berusia 56tahun ke atas
pada tahap ini, kena sapu minyak angin, minyak panas, kena urut secara bermati-matian baru laa barang nak on, itu pun setengah on je WAHAHAHAHAHAH

Cilakak kau bang, mengajar adik mu yang kudus, suci dan murni ini dengan pemikiran lucah kau tu.... tuiihhhhhhh (ayat aku kat dia laa) tapi dalam hati,,,, ahhhhhh boleh jadi bahan nih ekekekekek....

Takpe, ada ubi ada sambal tumis pon aku layan :">

do not sangka clear water got no boya! adios.....


Friday, April 13, 2012

..::Perjuangan Itu Satu Simpanan::..

Assalamualaikum...

Pada 05/04/2012 1 drama melayu klasik telah terjadi. Camry g.x 2.2 aku telah selamat di trade-in kan dan aku mengeluarkan Perodua Myvi Ez 1.3 berwarna hijau. Orang lain naik pangkat upgrade kereta, aku lak down grade kereta. Mujurlah Puan S faham. Princess MNK pula tersenyum simpul, kereta mama katanya. Hampeh!

Mujurlah aku muat dalam myvi tu, cuma tidak seselesa Camry laa kan. Mujur dan mujur lagi :)

Well semoga dengan pengorbanan ini aku mampu membuat sedikit simpanan, sasaran aku sekurang-kurangnya RM200 sebulan.

Argghhhhhhhhh cipan......

Monday, April 04, 2011

Elaika english translation


Elaika - PadaMu Ya ALLAH

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Nyanyian : Muhammad Obaid

Sunday, March 20, 2011

.::AKU SEDANG BANGANG::.

Aku sedang melayan cerita predator di tv3. Puan S dan Cik M sedang enak tidur. Seronok masa tidur nih, semua masalah hilang, tetapi yang tak best kadang-kadang masalah pun masuk mimpi masa tidur. Apa yang aku impikan banyak yang tidak kesampaian. Nak berubah menjadi orang yang lebih baik nampaknya telah gagal. Tidak mengapa, aku akan cuba lagi.

Selamat malam... ( dah pagi daaaa......)

Tuesday, February 22, 2011

SAYA DAN RAJUK SAYA


Angin Kus-Kus

Abah! Lila tengah majuk nih! Cepat ler pujuk! Sampai hati abah tak layan saya? Kan saya ni anak kesayangan abah kan?

p/s : abah memang sayangkan lila, bertambah-tambah sayang kalau lila tak notti ehehehehh

Thursday, February 17, 2011


DI JALAN AMPANG

Tadi saya lunch dengan kawan saya di Restoran Marciano's Jalan Ampang. Saya makan chilli, squid fritto, T Bone Steak, pemanis mulut yang ntah apa namanya dan teh air limau. Memang terbaik dari ladang kerana saya berasa amat kenyang sekali Alhamdulillah.

Tadi panas terik, Alhamdulillah nasib baik pendingin hawa kereta saya berfungsi dengan cemerlang sekali. Saya pergi ke tiga tempat yang berbeza. Selepas itu saya pergi menjemput bini dan anak perempuan saya balik ke rumah kami di Balakong.

Minda saya letih. Badan saya menjerit-jerit minta dimandikan. Berlengas dengan peluh.

Minta maaf posting saya agak menjemukan untuk dibaca untuk kali ini.

Monday, February 14, 2011

Be Strong!!!

Ma,

Kuatkanlah hati dan semangat diri demi keluarga kita. LAHANAT-LAHANAT tu memang tak sedar diri kan? Tapi tidak mengapa, pandanglah muka abang dan muka lila. Sudah suratan ma akan menempuh lebih duka berbanding suka di pejabat sana. Abang nak buat macam mana? Banyakkanlah bersabar dan ingat padaNya. Sesungguhnya tanpa izinNya perkara ini tidak akan terjadi.

Abang doakan ma terus kuat demi keluarga kita. Kita tiada daya upaya selain mengadu kepadaNya. Dan semoga rezeki abang tidak putus pun demi keluarga kita.

Well, Life Goes On!

Sunday, February 13, 2011

~Salah Aku Kah???~


CONTOH MATAWANG KITA DI MALAYSIA!!!


AMARAN :-
Luahan ini tidak seratus peratus benar uhuhuhhhh.....


Assalamualaikum. Di malam yang sengal ini aku ingin berkongsi jeritan batin ini kepada rakan-rakan semua. Aku dan isteri sama-sama menghadapi dilemma yang sama iaitu pendapatan yang tidak cukup. Superior kami yang berpendapatan lebih daripada RM5K selalu akan menyalahkan kami yang kami ini tidak pandai mengaturkan perbelanjaan dan tidak reti bersyukur...! P*NT*T korang lah!!! Korang yang duduk kat atas tidak tahu masalah kami! Mana nak bayar rumah, kereta, petrol dan tol, nurseri anak, barang dapur, segala bil-bil utiliti!!! Yang buat kerja adalah orang di bawah tetapi orang kat atas kayangan tu yang dapat nama!

Aku kesiankan diri aku dan keluarga aku. Nak buat saving RM100 sebulan pun tak mampu beb! Aku keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk jimatkan minyak! Aku nak juga merasa nikmat menyimpan di ASB, MBB, RHB, AFFIN dan kalau boleh di PBB!!! TETAPI AKU TAK MAMPU!!!

Tetapi aku insaf, susah-susah kami masih memandu camry cabuk dan duduk di kondo cap ayam. Cuma ralat tidak dapat menyimpan sesen pun duit gaji. WTF!!!

Ntah apa-apa ntah aku mengarut nih, cuma sekarang kami nih berasa rimas dan gelisah. Masuk 15hb duit di bank hanya tinggal SA ringgit je. WTF!!!

Aku tak minum arak, tak main perempuan, tak berjudi. Aku cuma suka layan internet je wahahahah.

Maafkan aku kalau merapu. Sesungguhnya jika kita kurang RM, memang hidup ini akan rasa tak best! Ya Allah, hanya padaMu aku merayu! Cukupkanlah rezeki kami, agar tidak kami meminta-minta kepada mereka yang tidak menghargai diri kami ini........

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS....

Friday, February 11, 2011

Ku Cuba Dan Terus Mencuba~~~~~


mIA nUR kHALILAH dAN mAMA :">

Salam jumaat!

Aku masih bekerja di tempat lama @ Damini Corporation Sdn Bhd. Masih bergelar Eksekutif Kanan, Unit Pembekalan Bahan Kimia, Jabatan Operasi 1. Aku dah beli kondo cap ayam di Taman Desa Karunmas, Seri Kembangan. Memandu Toyota cabuk. Ada isteri yang setia dan anak yang cerdik Alhamdulillah. Tetapi sejak kebelakangan ini aku rasa tertekan sangat2. Tak tahu laa kenapa lak. Anyway aku akan cuba laa up date selalu blog aku nih.

Aku pulak kalau nak hilang stress, akan bermain snooker dengan geng Snooker Liga DAMINI yang diketuai oleh si penggila kuasa fendy, dan orang kanan yang makan guna tangan kanan, zamani non slam.

Ok lah, jumpa lagi ok? Bye2....

Thursday, February 18, 2010

HARAPAN BARU

Rumah @ kondo dah beli dan dah siap samak. Tengah tunggu kontraktor berikan sebutharga untuk pemasangan kabinet dapur. Toyota C 2001 tengah tunggu RM nak pasang tinted baik punyerrr. Mia Lila nak masuk 3 tahun, ermmmmmm nak kena bagi dia adik satu untuk temankan dia bermain. Aku dah blurrr kenapa masa aku masih tak mencukupi bagi aku untuk update blog ni selalu? Sight!!!

Sunday, May 17, 2009

AHAHAHAHHH

Alhamdulillah aku dan keluarga berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Perkembangan terbaru ialah aku sedang berada di dalam untuk menandatangani perjanjian pembelian sebuah unit kondo di kawasan balakong. Puan S suka sangat2. Nak memasak untuk aku dan baby lila katanya. Aku mahu hidup dengan lebih selesa dengan keluarga aku. Dan harga kondo ni aku mampu untuk aku bayar bulanannya termasuk kos penyelenggaraan. Ada gelanggang tenis, kolam renang, dewan orang ramai dan surau. Ada lot parking sendiri dan tidak kena panas dan hujan. Aku dah bosan dengan keadaan yang semakin menekan aku anak beranak. Aku terpaksa.

Lupakan kisah dulu dan bersedia untuk masa hadapan. Aku akan cuba apdet selalu blog ni pasal aku dah gunakan wireless broadband oleh u mobile. Ok lah gang, aku gerak2 khas dulu. Ngantuk laa :p

Monday, April 13, 2009

.::SEKEPING GAMBAR SERIBU MAKNA::..


Harta Saya Dunia Akhirat :-)


Aghhh Penat ....


Assalamualaikum.

Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog saya. Ini adalah kerana saya tiada kemudahan internet di pejabat dan kebetulan juga saya sibuk skit. Saya akan cuba kemaskini pada masa akan datang.

Sekian. Wassalam..........

Wednesday, December 10, 2008

..::Kepochi Fraid Chiken::..

Mana mama kita nih???

Hari ni abah bawak kita pegi KFC :p

Entahlah, tetiba je abah kita meroyan nak mamam KFC je. Kita ikut je pasal bukan kita yang kena bayar. Abah duduk temankan kita sementara mama kita pergi beli KFC. Kita dapat jam percuma tau! Mama cuapkan kita, seronoknya kita kat sana. Nanti bila kita dah kerja, kita nak bawak mama & abah pergi KFC lak. Aminnnn....

Wednesday, November 19, 2008

..::ERMMM::..

Wife & Mia Lila di Tesco Extra Cheras

Alhamdulillah. Insan2 yang amat rapat disisi aku. Indahnya kehidupan ini tidak dapat aku cakap. Aku sedang berusaha lagi untuk melengkapkan lagi kebahagiaan yang sedang kami kecapi. Ehehehhh...., aku merancang nak beli rumah/apartment/condominium untuk kami anak beranak. Nak jadi lebih berdikari. Aku nak ada bilik kerja sendiri. Ada meja kerja, laptop, internet dan lain-lain lagi. Aku berharap sangat dalam hujung tahun atau awal tahun depan aku dapat membeli kediaman idaman yang memenuhi bajet poket aku nih.

Bolehlah Sabrina memasak untuk suaminya ini. Melihat anak membesar di depan mata. Ohhhh.....!!!! Sungguh mengujakan!!! Hiasan dalaman ringkas dan tidak banyak perabot tetapi mesti ada kitchen cabinet.

Arghhhhhh...., ok lah, aku nak sambung angan-angan yang akan menjadi kenyataan ini. Insya Allah.

Wassalam...........

Tuesday, November 18, 2008

..::Mengah Dan Lelah::..

Entahlah, semenjak dua menjak nih aku rasakan langkah aku semakin pendek. Macam-macam perancangan jangka panjang yang aku belum laksanakan. Contohnya seperti membeli rumah. aku amat berharap apabila sampai masanya nanti, urusan pembelian rumah tidak sukar dan dapat berjalan dengan lancar. Aku nak cuba hidup sendiri dengan family aku. Bilik aku kat umah mak aku tu dah terlalu sempit untuk kami tiga beranak. So, shift your future :p

Friday, November 14, 2008

..::CAK::..

Subhanallah, lamanyer aku x apdet blog aku nih. Semenjak xde internet kat opis inilah padahnyer. Anyway Alhamdulillah aku berjaya apdet gak walau pun x secara detail. Anak dara aku dah setahun lima bulan. Ahahahah keletah anak memang membahagiakan kami suami isteri. Cukuplah buat masa ini, cukup untuk memberitahu kawan2 yang aku masih bernafas. Jumpa lain kali yek :p